| Stolly Molly Blog |



كُنْ أَنْتَ - Be Yourself
Thursday, 6 April 2017 • 10:53 • 1 comments



"When someone does something that hurts you, make a promise to yourself and to Allah (SWT) that you will never do the same thing to anyone else."

Why I never get what I wanted? 


"It is possible that you dislike thing a thing which is good for you, and that you love a thing, which is bad for you. But Allah knows while you know not."                                                                                                                        [2:216]

Doughnut Story !
Tuesday, 4 April 2017 • 06:57 • 1 comments




Donut !!!






colourful doughnut ! yummy !







Sabr !
Thursday, 30 March 2017 • 07:46 • 2 comments



 If something is meant for you no one can prevent it. The one you want to marry, that job, that promotion will come if it’s yours. Patience! 
-Mufti Ismail Menk- 

Proposal Defense~
Tuesday, 28 March 2017 • 21:14 • 1 comments



Minggu lepas baru settle title defense untuk FYP1!  boleh tahan dapat 2 orang panel daripada Otai Course Logistics. By the way, alhamdulillah sebab tajuk yang aff ketengahkan okay cuma perlu di specifickan je scope tu. After settle title defense, jumpa sv cerita balik ape yang jadi masa jumpa panel 1 and 2, and at the same time sv cakap okay just proceed. Cari journal tambahan and baiki sikit proposal and boleh starting for FYP1. Actually title defense ni penting sebelum starting buat FYP sebab dari situ korang boleh nampak apa yang korang nak buat, Bila panel tanya why you choose this company?? or this title, korang defense la korang punya stand. Benda ni sebenarnya nak uji korang punya tajuk relate tak dengan korang problem statement yang nak dikaji. 



So jangan risau bila tajuk kena kritik dengan panel sebab benda ni boleh improve korang punya knowledge, and skill. Yang penting confident level ! :)





Newborn of Webbit
Tuesday, 21 March 2017 • 23:42 • 11 comments


you can call me 'Najaa'


One big family of Najaa :)


i'm a adorable webbit !



seriously tak sangka baby webbit ni so cute ! damn cute !! actually first sentuh baby rabbit ni baru lahir memang geli sebab bulunya yang takde. Mula mula tengok da macam anak tikus sebab sekali imbas da macam anak tikus. Bila da berhari hari tengok rasa syok main and sentuh baby rabbit ni and memang comel sangat !!



#FAKTA MENGENAI ARNAB, TAHUKAH ANDA;
1. Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan- jadi berpuasa sebelum apa apa rawatan adalah tidak perlu
2. Arnab tidak berpeluh
3. Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga
4. Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk
5.Arnab mempunyai 28 batang gigi
6.Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA
7. Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku  – 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan
8. Terdapat 5 warna mata yang dilulusakan oleh ARBA – Pink ( Bukan ruby atau red), Marble, Blue,Blue-Grey and Brown
9. Mana diantara berikut lahir pada tahun Arnab ? Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope – kesemua mereka lahir pada Tahun Arnab
10. 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab , tahun arnab yang berikut adalah pada tahun 2011
11. arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh
12. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang
13. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati
14. Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds
15. Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor
16. Terdapat 150 jenis warna arnab- selamat megumpul warna adik adik
17. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya
18. Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya
19. arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung  janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama
20. arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.


UJIAN DARIPADA ALLAH
Monday, 20 March 2017 • 06:44 • 2 comments





Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah timpakan ujian supaya kita bersabar

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan



Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.
Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.





Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.


Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 


CC by aku islam

TAHUN BARU- SEMESTER BARU- AZAM BARU
Friday, 17 March 2017 • 07:50 • 0 comments



Assalamualaikum w.b.t.. perghhh sudah lama sis tak bukak blog dek kekangan masa. Sis harap sis belum terlambat untuk ucapkan selamat menyambut Tahun 2017. Bercerita pasal 2017 ni, masih ada lagi azam sis pada tahun 2016 yang masih belum tercapai, and doa sis semoga angka 2.0.1.7 ni merupakan perjalanan yang tiada pengakhiran untuk mencapai impian. Tahun ni jugak, sis adalah senior tahun akhir di UniKL, Johor. Hohoho,acah senior  . Bila di throwback perjalanan sis dari masuk sini sehingga sekarang, dah 3 tahun rupanya !! OMG .. Kak Long dah dewasa la mak! hehehe.  Setiap jatuh bangun sis di sini mengajar sis erti kehidupan, kematangan serta kekuatan diri hati keno sado beb !  Alhamdulillah, sokongan daripada mak ayah, family serta sahabat2 yang non stop kasi nasihat dan sokongan kepada sis sepanjang berada di negeri orang.  Semester ni jugak, sis dah start busy dengan Final Year Project aka FYP  di mana minggu depan adalah title defense yang akan menetukan sama ada tajuk kita ni okay or sebaliknya, tapi Inshaa Allah sis akan curi masa untuk luangkan sedikit masa di blog hakak ni.



Thanks For Reading !


PAST
Disclaimer

Affriena//20y+ y.o.//Normalgirl// still study




<
Please Shout Here!

Sweet Memories

Archive

CREDIT SECTION


Template by: Lindaa
Owner blog: AFFRIENA
Best view:Google